Poslaju Ohh Poslaju

Macam biasa laa peniagaan online ni ada aktiviti mengepos. Abg gunakan khidmat Poslaju sebab dia antara yang termurah & boleh dipercayai.

Dalam sebalik kemurahannya ada kos2 yang tersembunyi. Korg nak tau ke?

3bungkus hari ni.

Yang pertama poslaju ke Sabah. 20botol Umpan Power. Abg guna kotak Prabayar L(10kg) Sabah/Sarawak. Rege dia Rm95 belum masuk GST. Abg congak2 kalo sebotol umpan +-500g x 20botol ada laa 10kg. Standby je laa terlebih berat sekilo. Sekali dia timbang:


11.07kg! Puihhh! Yg lebih sekilo tu ok lg Abg nak byr Rm7.40. Yg 7gram tu korg rasa berapa plak kos dia? Hahaha! Tak boleh mintak kurang punya tau. Korg ingat pasar malam ke nak mintak kurang? Jenuh dah Abg mintak belas ihsan kat brader2 poslaju ni psl hal ni. Takmau dia layan der.

Yg kedua & yang ketiga tu malas nak cerita laa kan. Sama je. Kena bayar lebih jugak.

Tapi Abg tak berkira mana pun psl ni. Asalkan yg membeli drp Abg berpuashati & pacak2, Abg dah cukup gembira. Abg meniaga pun bukan ada niat nak pergi haji balik hari. Abg nak meniaga lama bukan meniaga ikut musim.

Utk makluman korg, Abg cas kos poslaju utk pengeposan sebotol umpan Rm7.00 & 2botol keatas rm10.00 je. Tak amik lebih pun. Jadinya paham2 laa kalo Abg tak bagi diskaun tu. Bukan sebab Abg kedekut tp meniaga ni kalo tak untung bukan meniaga namanya. Tu buat amal kebajikan namanya.

Kahkahkahkah!

Semoga umpan yg diposkaj selamat sampai tanpa ada sebarang kebocoran & Abg doakan kepada yang membeli tu semoga pacak2 aboh2 gasak2 & repeat order lagi dengan Abg okeh!

Sekian, tq, kbai!

Abg Sado

About Abg Sado

Dealer Umpan Ulong Original Kawasan Seri Kembangan. Mula memasarkan Umpan Ulong Original sejak 2013 dan berpengalaman dalam memberikan panduan & khidmat nasihat berkenaan cara2 memancing ikan patin & pelbagai spesies ikan air tawar secara percuma melalui 'online'. Setiap kejayaan seorang 'angler' bermula dengan kumpau. Jangan Mengaku 'Angler' Kalau Takut Kumpaw!
This entry was posted in COD & Poslaju and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment