Bukan Semua Berita Gembira

Semalam yang hangat.

Memancing nak hilang stress. Kalau membangau hilang ke stress tu?

Satu komplot 3ball diadakan bertempat di Kolam Harmoni Puchong dengan niat suci murni, merekodkan hasil tangkapan sambil bersilaturahim & menghayati cuti umum.

Brader Daus pun ada dtg ushar line sambil memberi nasihat & tunjuk ajar bagi pacak

Antara yang terlibat dengan komplot tersebut adalah Brader Kamarul, Brader Arjuna & Brader Erol. Masing2 dah berangan siap2 nak tarik patin berbelas ekor.

2jam berlalu tanpa sebarang tarikan. Radar hanya naik turun, naik naik & turun naik sahaja. Macam ada yg kurang. Setting K5+Puaka macam tak mau plak.

Lalu Abg pun bancuh satu setting yang pernah top dekat Kolam Harmoni satu masa yang lalu.

Setting yg diberi nama:

Setting Berdarah 2.0

Setting berdarah dengan tambahan 30% K5 dan 20% Paste Nenas Ulong & MJ. Bau dia memang ngam. Memang stendet aboh2 punya pemakanan ni.

Namun yang demikian, kita hanya mampu merancang & berusaha. Tuhan menentukan segalanya. Telah tertulis rupanya hari itu bukan hari mereka.

Dugaan Ramadhan datang dalam pelbagai bentuk

Jumlah tangkapan hanya 2 ekor spesis ketutu & haruan. Keliling kolam membangau dari pagi sampai ke petang. Dapat tengok radar gedik2 aje. Strike 2kali ada tapi lucut. Takyah cerita laa pasal lucut.

Geng Abg semua sporting. Apa ada hal kalo membangau pun. Taknak membangau pakai jaring laa. Tu pun kalo ada rezeki ada laa.

Komplot kali ni disudahi dengan semua bersalaman tanda redha atas ketentuanNya & balik dengan satu semangat!

Semangat “Jangan Mengaku Angler Kalau Takut Kumpau!”

Next time kita repeat!

Sekian, tq, kbai!

Abg Sado

About Abg Sado

Dealer Umpan Ulong Original Kawasan Seri Kembangan. Mula memasarkan Umpan Ulong Original sejak 2013 dan berpengalaman dalam memberikan panduan & khidmat nasihat berkenaan cara2 memancing ikan patin & pelbagai spesies ikan air tawar secara percuma melalui 'online'. Setiap kejayaan seorang 'angler' bermula dengan kumpau. Jangan Mengaku 'Angler' Kalau Takut Kumpaw!
This entry was posted in Komplot/Operasi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment