Komplot Kolam Baiworld

Satu lagi testimoni pengguna yang membeli Umpan Ulong Original melalui Abg telah Abg terima beserta dengan gambar penuh senyuman.

Kali ni Brader Daus dan Brader Zul berkomplot menerjah kolam dalam keadaan berpuasa dengan niat suci murni, untuk mengetest setting umpan & ketahanan diri menyahut cabaran ‘Berpuasa Bukan Halangan Untuk Memacak’.

Setting umpan yang diketengahkan kali ini menggunakan pallet peram yang dibancuh dengan Umpan Killer Aling2 Cak dan dijet dengan Umpan Power Pandan Ulong dan dipadankan dengan teknik perambut tanam sejengkal atau 2 jengkal Abg pun malas nak tanya sebab banyak tanya kang orang jadi menyampah pulak. Kahkahkah!

Ternyata ikan patin Kolam Baiworld tak mampu nak menolak godaan Umpan Ulong yang disetting tanpa berpeluh oleh Brader Daus. Senang setting Ulong ni katanya.

Abg ucapkan terima kasih atas perkongsian gambar & setting & semoga atas berkat perkongsian ilmu ini membuahkan hasil pacak2 lebih berkualiti dari segi saiz & bilangan pacakan!

Sekian, tq, kbai!
Abg Sado

About Abg Sado

Dealer Umpan Ulong Original Kawasan Seri Kembangan. Mula memasarkan Umpan Ulong Original sejak 2013 dan berpengalaman dalam memberikan panduan & khidmat nasihat berkenaan cara2 memancing ikan patin & pelbagai spesies ikan air tawar secara percuma melalui 'online'. Setiap kejayaan seorang 'angler' bermula dengan kumpau. Jangan Mengaku 'Angler' Kalau Takut Kumpaw!
This entry was posted in Komplot/Operasi, Testimoni Pengguna. Bookmark the permalink.

Leave a comment