Komplot Kolam Harmoni Pulau Meranti

 

IMG_3215

Muka ada senyum tapi hanya Tuhan yang tau hati & perasaanku ~Arjuna

Ahad malam Isnin yang lepas terjadi lagi Operasi Solo dengan Misi Melepaskan Dendam oleh Brader Arjuna yang bertempat di Kolam Harmoni Pulau Meranti yang berkeputusan ‘kumpau’. Hanya seekor spesies Patin berjaya ditewaskan berikutan penggunaan tali yang dah reput & bnyk kali putus ditengah pertarungan.

Maka, dendam yang tak dapat dilunaskan bertambah baranya, dan terciptalah sebuah Komplot 2Ball TagTeam: Misi Melepaskan Dendam Part 2. Kehkehkeh!

Setting yang diketengahkan kali ini adalah Roti Sedap dibancuh dengan setting gabungan Power Renjes Upgrade(umpan betik+puaka & K5+betik+puaka) dan dimainkan dengan teknik perambut tanam 2jengkal.

Kiranya memang mau sangat laa setting Power Renjes Upgrade ni. Memang antara setting yang senang nak pacak ikan laa. Saiz pelbagai jugak. Cuma nak kena ‘tune’ & ‘adjust’ skit bancuhan & setting perambut tu supaya samada gasak atau lebih bersaiz.

Kesimpulannya, Komplot 2Ball TagTeam: Misi Melepaskan Dendam Part 2 kira berjaya laa. Kepada yang nak menduga Kolam Harmoni Pulau Meranti jangan lupa guna Umpan Ulong Original (Asasnya: Betik+Pandan). Lain2 tambahan atas kreativiti & ketebalan poket korang laa.

Terima kasih kepada Brader Wan Jipun & Brader Arjuna atas perkongsian gambar & semoga pacak2 yang lebih bersaiz lepas ni.

Sekian, tq, kbai!

Abg Sado

About Abg Sado

Dealer Umpan Ulong Original Kawasan Seri Kembangan. Mula memasarkan Umpan Ulong Original sejak 2013 dan berpengalaman dalam memberikan panduan & khidmat nasihat berkenaan cara2 memancing ikan patin & pelbagai spesies ikan air tawar secara percuma melalui 'online'. Setiap kejayaan seorang 'angler' bermula dengan kumpau. Jangan Mengaku 'Angler' Kalau Takut Kumpaw!
This entry was posted in Komplot/Operasi, Testimoni Pengguna. Bookmark the permalink.

Leave a comment